fb fb fb fb fb

Hari Guru: JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi untuk MBOR

TASEK GELUGOR, 17 Jun- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berjaya mengumpul 16,200 puisi berkaitan Hari Guru untuk direkodkan dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai penghasilan puisi terbanyak berkaitan Hari Guru.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad memberitahu semua puisi itu dihasilkan murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, melepasi paras yang ditetapkan Jabatan Pendidikan, iaitu 6,000 puisi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Penutupan Hari Guru di Tasek Gelugor.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas.

(Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad)

Semalam, Malaysia Book of Records(MBOR) menyerahkan pengiktirafan itu kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang atas inisiatif pelajar negeri ini dalam sambutan hari guru.

Sebelum ini, pelajar sekolah di negeri ini turut tersenarai dalam MBOR kerana berjaya menghasilkan kek terbanyak dalam sejarah dua tahun lepas.

Media Baharu