fb fb fb fb fb

Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

ALOR SETAR, 17 Jun- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan baginda ke-80 di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

Baginda turut diiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba baginda dan kerabat diraja disambut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang dan kenamaan lain.

(Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah)

Selesai solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad, majlis diteruskan dengan bacaan surah yasin dan doa selamat dan tamat selepas selesai solat Isyak.

Media Baharu