fb fb fb fb fb

Hargai sumbangan, buruh ladang disantuni

MARAN, 10 Mei - Lebih 50 buruh ladang asing dan tempatan diraikan dalam jamuan Hari raya Aidilfitri di Felda Jengka 24, di sini sebagai menghargai sumbangan mereka dalam ekonomi negara.

Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata buruh asing berpermit yang majoritinya dari Indonesia dianggap sebagai ahli kariah rancangan itu.

Menurutnya, pihak pentadbiran kampung dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sangat menghargai sumbangan mereka dalam penuaian buah tandan segar (BTS), penyelenggaran ladang dan penghantaran ke kilang memproses sawit.

"Oleh kerana mereka sudah sedang menjalankan kerja selepas hari raya ini dan dua tiga hari tetapi mereka berkesempatan, kita jemput untuk bersama-sama dengan masyarakat setempat bagi kita menyantuni pekerja pekerja asing, kerana mereka juga menyumbang tenaga di tempat kita," kata Razak yang juga Pengerusi Badan Masjid Felda Wilayah Jengka pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat rancangan Felda Jengka 24.

(FOTO FAIL)

Dalam pada itu, Razak berbangga sambutan hari raya kali ini mendapat sambutan lebih 2,000 orang termasuk pemimpin peneroka rancangan berdekatan dan kepulangan anak rantau untuk bersama-sama dengan masyarakat setempat, meraikannya.

Media Baharu