fb fb fb fb fb

Harap tahun harimau bawa kemakmuran,kesejahteraan - PM

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diharap terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tahun Harimau juga diharap membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia.

"Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua bangsa di negara ini.

"Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti MCA, di Wisma MCA di sini.

Turut hadir pada majlis itu barisan menteri kabinet antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Media Baharu