fb fb fb fb fb

Hampir 85% persiapan Sambutan Hari Malaysia 2022

(Tan Seri Annuar Musa)

BANDA HILIR, 15 September- Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2022 mencapai kemajuan 85% dan berjalan lancar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Tambah beliau kerjasama semua pihak menjadikan sambutan kali ini sangat unik.

"Saya berpuas hati dengan persiapan dari segi susunan program. Saya fikir idea yang
ditonjolkan tuan rumah Melaka satu idea yg unik dan menarik. Satu konsep yang menarik dan boleh dikenang lama selepas daripada perayaan ini. Sambutan Hari Malaysia yang tersendiri dan istimewa sesuai dengan konsep Melaka sebagai sebuah bandar pelancongan," kata Annuar.

Sambutan Hari Malaysia Jumaat ini akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka.

Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan itu.

(Foto fail)

Media Baharu