KUALA LUMPUR, 28 Julai - Hampir 15,000 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh 2023 hingga kini.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ia melibatkan pelbagai pelanggaran termasuk kesalahan peniaga tempatan yang memindah milik lesen atau permit mereka kepada warga asing secara haram.
Jelasnya, bagi tempoh sama sebanyak 3,703 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dilaksana
"Bagi tahun 2023 dan sehingga kini, PBT telah melaksanakan sebanyak 3,703 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing.
"Sebanyak 14,834 kompaun telah dikeluarkan, 23 lesen dibatalkan dan 2,880 premis disita atas pelbagai kesalahan pelanggaran syarat yang ditetapkan, termasuk kesalahan peniaga tempatan yang memindah milik lesen/permit kepada warga asing secara haram," katanya.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun.
Kerajaan turut bercadang memasang kamera litar tertutup di kawasan yang menjadi titik panas seperti Pasar Awam Kuala Lumpur bagi membanteras kegiatan berkenaan.