
KUALA TERENGGANU, 6 Januari -Jenazah Allahyarhamah Syakirah Hanan Mazli, 25 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah Kuala Terengganu pada 12.30 malam tadi.
- Jenazah Syakirah Hanan Mazli, 25, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah pada 12.30 malam.
- Hampir 1,000 hadir termasuk keluarga, pengurusan UniSZA dan rakan rakan memberi penghormatan terakhir.
- Bapa saudara Dr Fauzi Yusoh mengetuai doa selepas pengebumian; solat jenazah diimamkan bapa Allahyarhamah.
- Jenazah tiba selepas bedah siasat di Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah; kejadian perlanggaran meragut nyawanya.
Hampir 1,000 orang hadir termasuk ahli keluarga, saudara mara, pengurusan tertinggi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)serta rakan rakan Almarhumah hadir memberi penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam berkenaan.
Bapa saudara Almarhumah Dr Fauzi Yusoh yang juga pensyarah Fakulti Kontemporari Islam mengetuai bacaan doa sejurus selesai urusan pengebumian.
Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah kira-kira 11.45 malam selepas bedah siasat selesai pada pukul 10.45 malam di Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Terdahulu jenazah Allahyarhamah Syakirah tiba di Masjid Ibadurrahman Kuala Bekah pada 11.10 malam.
Lebih 500 jemaah hadir menunaikan solat jenazah yang diimamkan bapa Almarhumah, Ustaz Mazli Yusoh.
Dalam kejadian 1.39 tengahari semalam Allahyarhamah Syakirah yang juga penuntut semester dua Diploma Pasca Siswazah Pendidikan Unisza maut selepas perodua Viva dipandu dirempuh kenderaan dipandu lelaki 32 tahun di persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan di Kuala Terengganu.