fb fb fb fb fb

Hala tuju pendidikan selepas SPM, pelajar perlu rancang masa depan - Radzi

(FOTO HIASAN)

LANGKAWI, 7 Ogos - Kaunselor di sekolah perlu dilatih untuk memahami keperluan majikan dan pasaran kerja pada masa akan datang bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memilih hala tuju terbaik.

Ia penting bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata kajian Jabatan Perangkaan yang mendapati lebih 72 peratus rakyat Malaysia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM perlu dilihat secara menyeluruh.

(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin)

"Dalam sample itu ditanya tentang pendidikan di Universiti, sebagai contoh samada mereka melanjutkan pelajaran ataupun tidak.

"Dalam sample itu juga dia ada beberapa peringkat umur ada yang muda ada yang umur 60 hingga 70 jadi sebab itu kajian itu perlu lihat dalam konteks yang menyeluruh," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Bohor di Mukim Bohor, di sini.

Tambah Radzi, walaupun pelajar tidak menyambung pelajaran ke Universiti, mereka juga boleh menyambung pendidikan diperingkat kemahiran sesuai dengan minat dan hala tuju bagi merancang masa depan yang baik.

Media Baharu