fb fb fb fb fb

Sasaran 5,000 belia dilantik duta perpaduan Johor

(Ling Tian Soon)

JOHOR BAHRU, 7 Ogos- 5,000 belia disasar untuk dilantik sebagai duta perpaduan Johor dalam tempoh lima tahun.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata ia sebagai usaha kerajaan negeri menggalakkan dan menyemarakkan perpaduan kaum terutama dalam kalangan belia.

Kriteria pemilihan duta perpaduan ini dipilih berdasarkan kegiatan aktif yang disertai atau dijalankan sama ada di peringkat universiti mahupun komuniti.

"Kami melantik mereka supaya mereka dapat menjadi 'influence', menjadi duta untuk membawa semangat ini kepada kawan-kawan mereka," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Duta Perpaduan Johor di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Program dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Seramai 200 belia pelbagai kaum dan latar belakang dilantik sebagai duta perpaduan yang akan membantu menyemarakkan semangat perpaduan sempena bulan kebangsaan.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua dari kanan) merasmikan 
Majlis Pelancaran Duta Perpaduan Johor di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri hari ini)

Media Baharu