fb fb fb fb fb

Haji: TH perkenal kaedah terapi, menerusi ‘Ranting Hati’

Kaunselor Unit Kaunseling TH, Mohd Najib Harun menunjukkan sebatang pohon yang dinamakan Ranting Hati yang ditempatkan di satu sudut di Hotel Abraj Janadriyah, Mekah/BERNAMA

MEKAH, 21 Mei- Unit Kaunseling Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenal kaedah terapi untuk jemaah haji menerusi sudut ‘Ranting Hati’.

Kaunselor TH, Mohd Najib Harun berkata, platform itu merupakan kaedah perluahan menerusi penulisan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah. 

Jelasnya sudut itu diwujudkan bagi menangani kebimbangan dalam kalangan jemaah sepanjang musim haji. 

Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan kerinduan kepada keluarga dan kampung halaman.

"Apa pembuktiaannya? Pembuktiannya kita dapat melalui kata-kata semangat yang mereka monolog secara sendiri contohnya bila dalam daun tu mereka tulis “mudah-mudahan hati terus cekal”, “mudah-mudahan hati terus kuat”, “ya Allah berikan aku kekuatan”,  “ya Allah redhakan aku dengan ujian-ujianmu ini”.

"Maka kata-kata ni kita refleks bahawa mereka ini sedang berjuang, jadi mereka tak nak jumpa kita secara lisan pun, tapi dia nak membentuk satu luahan melalui naratif terapi ini", katanya dalam sidang media di Bangunan Ibu Pejabat TH, Mekah. 

Tambahnya, selain mekanisme tersebut, Unit Kaunseling turut melakukan ziarah dari bilik ke bilik selain, kaedah perluahan secara lukisan.

ROSLINA BINTI DIN