fb fb fb fb fb

Guna dron pertingkat kawalan sempadan negara - PDRM

RANTAU PANJANG, 3 Februari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunakan khidmat dron bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara, sekali gus membanteras jenayah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, penggunaan aset seperti dron memudahkan usaha mengesan dan mengekang aktiviti jenayah yang berlaku di sempadan negara.

Katanya, penggunaan dron terbukti berkesan apabila pihaknya berjaya menumpaskan banyak cubaan menyeludup.

"Jenayah rentas sempadan ini satu isu di Malaysia ketika ini, bukan sahaja di Semenanjung, malah Sabah dan Sarawak.

Jadi, kita memerlukan untuk membantu dalam melaksanakan kawalan keselamatan sempadan bagi memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan. Insyaallah, akan dipertingkat dari semasa ke semasa", katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Dron kepada Komander Briged PGA di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan di sini hari ini.

Datuk Hazani berkata, sepanjang tempoh tahun 2021, Briged Tenggara PGA, menerusi tiga operasi yang dijalankan iaitu , Op Wawasan Kelantan, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah, telah berjaya mematahkankan sebanyak 1,043 kes berbanding tahun 2020 sebanyak 800 kes.

Dalam tempoh sama juga, pihaknya telah berjaya menahan seramai 431 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 80 tekong darat.

Media Baharu