fb fb fb fb fb

Gerakan koperasi perlu dijenamakan - Abdul Fattah

Foto hiasan

TEMERLOH, 28 Februari- Kongres Koperasi Kebangsaan akan diadakan pada 23 Jun depan, Sempena lebih 100 tahun koperasi di negara ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, selain itu gerakan koperasi perlu dijenamakan sebagai sebuah ejen berintegiti dapat mengangkat ekonomi rakyat di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Dalam Kongres Koperasi Kebangsaan yang ketiga dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim ada tiga perkara utama ditekankan.

"Pertama koperasi sebagai penyumbang untuk pembangunan sosial ekonomi negara. Kedua faktor-faktor yang memangkin kepada kejayaan koperasi. Ketiga mengenai akta dan peraturan koperasi tentukan sama ada ia masih relevan atau tidak atau ditambah baik. Keempat isu dan cabaran gerakan koperasi selepas 100 tahun," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Negeri (MAN  2024) Pahang 11 (Tengah) di Dewan Tun Razak di sini.

Menurutnya, sudah 55 tahun isu gerakan koperasi tidak dibincangkan secara inklusif dan kolektif sejak Kongres Kedua yang diadakan pada 1969.

Konvensyen Koperasi Peringkat Negeri yang akan dilaksanakan di setiap lokasi Mesyuarat Agung Negeri 2024 (MAN 2024) akan memberi peluang kepada perwakilan untuk menyuarakan idea bernas.

Menurutnya, ANGKASA telah mengenal pasti 16 projek berimpak tinggi yang boleh diceburi sebagai inisiatif untuk meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun setiap ANGKASA Negeri telah diberikan tanggungjawab supaya boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih banyak koperasi melalui pelbagai program yang boleh membawa kepada perubahan progresif.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI