fb fb fb fb fb

Generasi muda semakin berisiko mendapat serangan strok - Pakar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Generasi muda dikenal pasti semakin berisiko untuk mendapat serangan strok.

Pakar Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siti Azleen Mohamad berkata orang ramai khususnya golongan muda perlu sedar dan mengetahui cara mengatasi serta mengelakkan risiko penyakit strok.

Katanya, setiap hari , sebanyak 50 kes berkaitan strok dilaporkan,dan ia terus meningkat dari tahun ke tahun, menjadikannya kadar kematian ketiga tertinggi di Malaysia.

(Dr. Siti Azleen Mohamad berkata orang ramai khususnya golongan muda perlu sedar dan
mengetahui cara mengatasi serta mengelakkan risiko penyakit strok)

"Kita nampak pandangan kita nampak kabur, di bahagian muka pula, kita rasa muka kita rasa senget, tangan, kaki kita rasa lemah.

"Pertuturan kita, biasa kita akan bercakap seperti biasa, tapi tiba-tiba akan hendak bercakap berat. Jika kita ada semua tanda-tanda itu kena cepat-cepat pergi hospital," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Tambah Dr.Siti Azleen, bagi mewujudkan kesedaran tentang strok kepada orang ramai, HKL akan mengadakan kempen Kesedaran dan pencegahan berkaitan strok pada 23 hingga 26 Mei ini di KL East Mall .

Media Baharu