PETALING JAYA, 19 September - Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud berlaku berhampiran Pantai Timur Kamchatka pada pukul 2.58 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 64 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 123 km timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia.
Menurut MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.