fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 5.6 melanda Mindanao

Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.6 melanda di Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.6 melanda di Mindanao, Filipina pada pukul 8.31 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa tersebut terletak kira-kira 33 kilometer utara dari Bislig, Filipina, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikesan terhadap Malaysia susulan kejadian itu.

MET Malaysia akan terus memantau situasi berkenaan dan mengemas kini maklumat sekiranya terdapat perkembangan baharu.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ