fb fb fb fb fb

Garis panduan bakal dilancar bantu pembangunan e-sukan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Satu garis panduan bakal dilancarkan dalam masa terdekat sebagai sokongan terhadap Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik  termasuk memberikan akses terbaik terhadap infrastruktur sukan tersebut.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, kementeriannya turut menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi membangunkan garis panduan tersebut khusus dalam memperincikan semua tindakan yang terkandung dalam pelan berkenaan.

Manakala bagi menyokong pertumbuhan ekosistem e-sukan negara, KBS telah membangunkan E-SPORT INTEGRATED HUB (ESI HUB) melalui penyediaan ruang kejohonan dan acara, pusat latihan sebagai hub jaringan pelbagai program profesional dan pembangunan kapasiti.

"Bagi memastikan pembangunan infranstuktur e sukan lebih baik, KBS juga telah membangun dan menaik taraf 13 e-sport studio yang memberi manfaat kepada 13 persatuan negeri di seluruh negara.

"Penyediaan infranstuktur khusus setiap negeri ini mampu membantu untuk meningkatkan pembangunan e-sukan negara memlaui penganjuran kejohanan di peringkat tempatan sebagai studio produksi untuk penganjuran kejohanan dalam talian,"kata Adli.

Tambahnya, kejohanan yang dilaksanakan menerusi hub dan studio tersebut menjadi paltform kompetetif penyerlahan bakat baharu atlet e-sukan tempatan untuk bersaing di pelbagai kejohanan utama di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara Datuk Bobbey Suan di Parlimen.

Selain itu KBS membangunkan sebuah pusat latihan kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan persiapan atlet e sukan negara utk bertanding di kejohanan antarabangsa berjalan lancar selain membantu keperluan penganjuran malaysia dalam Malaysian ESports League (MEL).


(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim)

Media Baharu