fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air: SADA perlu cari solusi selesai masalah

(FOTO RTM)

PENDANG, 19 April-Isu gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kedah terutama ketika musim perayaan boleh dielakkan jika perancangan jangka pendek yang lebih sistematik dan berkesan dapat dirangka dan dilaksanakan.

Bekas Exco Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata kerajaan negeri khususnya Syarikat Air Darul Aman (SADA) boleh melaksanakan langkah jangka pendek seperti menyelenggara semula tangki-tangki yang ditempatkan di taman-taman perumahan dan kawasan kampung.

Katanya lagi,kebanyakan tangki-tangki air bersaiz berkenaan telah usang dan perlu dibaik pulih untuk menyimpan air sebelum disalurkan ke rumah-rumah penduduk.

"Selepas ini SADA perlu ambil langkah segera bagi menyelenggara tangki-tangki air sementara Loji Rawatan Air disiapkan sebagai langkah jangka pendek. Selain itu pembinaan telaga tiub boleh dilaksanakan di kampung-kampung dan masjid-masjid. Ia juga tidak melibatkan perbelanjaan besar", katanya lagi.

Pandangan ADUN Sungai Tiang itu turut disokong ADUN Pengkalan Kundor merangkap Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang melihat isu ini perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri dan SADA memandangkan penggunaan air yang meningkat khususnya ketika Aidilfitri.

"Saya mengharapkan perkara ini mendapat perhatian daripada SADA dan juga kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah gangguan air ini memandangkan penggunaan air yang bakal meningkat kepada 30 hingga 40 peratus menjelang Aidilfitri", katanya itemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan hari raya Aidilfitri kepada 50 penerima di sekitar Pendang di Kampung Alor Ali, di sini.

Sebelum ini media melaporkan hampir satu juta daripada kira-kira 2.2 juta penduduk Kedah, dijangka mengalami krisis bekalan air bersih yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Antara kawasan terjejas dalah Daerah Kuala Muda, terutama kawasan sekitar Tanjung Dawai, Bedong, Merbok dan Sungai Petani, selain daerah Kota Setar di kawasan sekitar Kuala Kedah, yang selama ini sering mengalami gangguan bekalan.

Sambutan Aidilfitri dijangka menyebabkan kadar penggunaan air penduduk negeri ini yang berjumlah kira-kira 780 juta liter sehari meningkat berikutan pertambahan permintaan sepanjang musim perayaan sehingga hujung bulan ini.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu