fb fb fb fb fb

Gabung Koperasi IPT, IPG pengurusan koperasi lebih teratur

JOHOR BAHRU, 22 September- Kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk menubuhkan Federasi menggabungkan Koperasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.

Langkah itu dapat memberi memberi pendedahan baharu termasuk menguruskan koperasi dengan lebih sistematik.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata pelajar akan mendapat pengalaman menguruskan sesebuah koperasi dengan lebih teratur dan sistematik.

"Mereka diberi peluang untuk bertukar-tukar buah fikiran, untuk mereka merancang, membincangkan, bagaimana nak menyelaraskan sebagai contoh aktiviti-aktiviti koperasi di IPTA, IPG", katanya dalam Majlis Malam Sua Mesra Alumni Seri Temenggong, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Pada majlis tersebut, beliau mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Koperasi Institusi Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

Media Baharu