fb fb fb fb fb

Fokus kepada mendalamkan muara sungai untuk elak banjir

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan

KULAI, 23 Mac - Kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan parit di Johor perlu dilaksanakan dengan lebih kerap, bagi mengelakkan kejadian banjir yang sering berlaku di beberapa daerah negeri itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu penting bagi melancarkan aliran air seterusnya mengurangkan risiko kejadian banjir.

"Usaha juga perlu tertumpu kepada kerja mendalamkan muara sungai, semasa kerja mendalamkan sungai dan meluruskan aliran sungai dilaksanakan," kata Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Bukit Batu, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan menyifatkan bantuan RM3,000 yang diberikan kerajaan Johor kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir merupakan antara bantuan terbesar yang pernah diberikan ketika bencana. Pemberian itu menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada penduduk terjejas banjir.

TETITIA YUSOFF