fb fb fb fb fb

Festival Nakawan Rainforest, usaha kelestarian hutan

Foto Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

KANGAR, 29 Mei- Festival Nakawan Rainforest Festival merupakan kesinambungan kepada usaha penghijauan bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, festival berkenaan akan bermula pada 29 Mei hingga 1 Jun ini.

"Selari dengan tema Hari Hutan Antarabangsa 2025 “Hutan dan Makanan, festival ini menyasarkan penyertaan lebih 500 orang termasuk pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi serta orang awam," kata Awang Shaffie.

Antara aktiviti menarik yang dijadualkan termasuk Nakawan Rainforest Run, pertandingan paintball, Treasure Hunt, pertandingan bercerita dan pertandingan mewarna.

Beliau menyembah maklum perkara berkenaan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis dimana baginda turut menanam sebatang pokok sebagai tanda sokongan kepada sambutan yang berlangsung.

Majlis perasmian penutupan Nakawan Rainforest Festival akan diadakan pada 1 Jun dan akan disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Bersempena sambutan itu sebanyak 82 batang pokok daripada spesies Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan dan Keruing Belimbing telah ditanam.

Program itu merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran bersama komuniti kerah penghijauan alam sekitar.

Sehingga kini Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah melaksanakan sebanyak lapan kempen penanaman pokok dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan melibatkan seramai 460 peserta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI