fb fb fb fb fb

Fenomena kepala air, penduduk Yan dinasihat berhati-hati

YAN, 15 Mei- Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi di sini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan berlakunya fenomena kepala air di kawasan itu.

Kepala air itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.40 petang tadi ekoran hujan lebat di atas Gunung Jerai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata keadaan masih terkawal dan tiada penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Pihak bomba memantau dan menutup sementara laluan ke kedua-dua lokasi tersebut.

"Pasukan penyelamat membuat rondaan dan memberi amaran berjaga-jaga kepada penduduk yang tinggal di kaki gunung.

"Setakat pukul 8.15 malam tadi, air dilaporkan surut namun pemantauan diteruskan berikutan puncak Gunung Jerai masih terdapat tompokan awan yang dikhuatiri berlaku hujan lebat," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Dalam kejadian pukul 4.00 petang 18 Ogos 2021, enam mangsa terkorban selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air di Gunung Jerai dan Titi Hayun.


(Pihak Bomba memantau dan menutup sementara laluan ke kedua-dua lokasi tersebut)

Media Baharu