fb fb fb fb fb

FAMA sasar kutipan jualan RM11 juta sehingga hujung tahun

MELAKA, 3 September- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan kutipan jualan RM11 juta menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali berkata, setakat ini, FAMA telah mengutip RM7 juta hasil jualan usahawan menerusi program yang dilaksakan agensi itu seperti Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) serta Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).


(Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali)

Katanya, beliau yakin, sasaran RM11 juta itu dapat dicapai melihat sambutan yang diterima setiap kali program melibatkan usahawan FAMA dijalankan di seluruh negara.

"Kita menyasarkan sehingga hujung tahun nilai jualan kita adalah RM11juta dan sehingga kini kita telah mencapai nilai jualan oleh usahawan itu sebanyak RM7 juta dan saya yakin bahawa ianya dapat mencapai lebih daripada sasaran yang telah ditetapkan dan kita menyasarkan sebanyak 855 kali operasi untuk jualan terus daripada ladang," katanya selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (Pjmkm) 2.0 Peringkat Negeri Melaka, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Mengulas lanjut katanya, program seperti JTDL melibatkan hampir RM15,000 usahawan FAMA dari seluruh negara.

Malah FAMA turut menyasarkan dapat mengadakan 855 operasi jualan menjelang hujung tahun ini.

Media Baharu