(Mohamad ditemu bual selepas Program Agihan Bubur Lambuk)
PUTRAJAYA, 12 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta supaya segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.
Demikian dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata FAMA akan melihat dan cuba mencari jalan untuk menampung kekurangan bekalan.
"Dan pihak KPDNK umumkan untuk Hari Raya dan perayan sebulan nanti makanan dan barangan ada cuma kita KPDNK akan kawal harag. Dari segi telur ayam daging...akan mencukupi dalam perayaan ini dan kita umumkan daripada Bernas bantuan 250 dijanjikan telah dapat. Dan bulan Ramadan itu untuk empat negeri tadi," kata Mohamad selepas Program Agihan Bubur Lambuk di sini.
(Datuk Seri Mohamad berkata FAMA diarah selesai isu bekalan ayam tidak cukup)