fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah pemergian Rohana Jalil

(FB  Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi popular era 80an, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Fahmi turut mendoakan ahli keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini.

Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Allahyarham, 68 tahun, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 11.33 malam.

Beliau meninggalkan suami dan tiga anak perempuan.

Warisnya memaklumkan Rohana bertarung nyawa melawan kanser usus sejak dua bulan lalu.

Beliau dirawat di hospital sejak April disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.

(Menerusi hantaran di Facebook Fahmi turut mendoakan ahli keluarga Allahyarham tabah
dengan ujian ini)

Media Baharu