(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 21 Jun- Pendaftaran bagi program eBeliaRahmah yang memperuntukkan kredit e-tunai RM200.00 akan dibuka mulai 26 Jun 2023 (Isnin) pada pukul 8.00 pagi.
Inisiatif berkenaan membabitkan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah akan bermula 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.
Belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
(Foto hiasan)
Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet boleh dibelanjakan secara luar talian hingga 31 Ogos 2023.
Kredit tersebut boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow menerusi salah satu perkhidmatan e-dompet terbabit.
Program eBeliaRahmah yang merupakan inisiatif menerusi Belanjawan 2023 Malaysia Madani memperuntukkan RM400 juta dan memberi manfaat kepada 2 juta belia.