fb fb fb fb fb

Fahmi pula tampil perjelas isu pelupusan hutang FELDA

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil tampil menjelaskan isu berhubung pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang berjumlah RM8.3 bilion.

Fahmi yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata hutang tersebut telah dihapuskan oleh FELDA itu sendiri dan bukannya kerajaan persekutan.

Hinggalah pada 26 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan telah menandatangani Perjanjian Bagi Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA).

Perjanjian yang ditandangani Anwar itu melibatkan bantuan kewangan kepada FELDA sebanyak RM990 juta bagi tempoh 10 tahun.

"Pada 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk menghapuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.

"Hinggalah pada 26 Jun, Perdana Menteri telah menandatangani Perjanjian FSRA yang melibatkan bantuan kewangan kepada FELDA sebanyak RM990 juta bagi tempoh 10 tahun.

"Kesimpulannya, hutang FELDA tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan hanya sehingga 26 Jun oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya menerusi hantaran video di Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang pelupusan hutang peneroka FELDA yang mengundang kekeliruan orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas menandatangani FSRA bagi penerimaan pertama geran RM990 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk penebusan sukuk Felda.

Anwar mendakwa hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda secara bersyarat berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula lembaga itu.

Semalam, FELDA menjelaskan penghapusan sejumlah hutang peneroka sudah dilaksanakan di peringkat badan berkanun itu pada 2021 dan 2022 tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan.

Artikel berkaitan
FELDA perjelas isu hutang peneroka, kenyataan PM disalah tafsir
Hapus hutang peneroka Felda: PM kemuka bukti esok
Pelan Pemulihan FELDA: Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion untuk terbit sukuk
Anwar kemuka dokumen FSRA, desak Muhyiddin mohon maaf

Media Baharu