fb fb fb fb fb

Vietnam disifatkan sebagai rakan Malaysia paling akrab - PM

(FOTO BERNAMA)

HANOI, 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai negara rakan baik Malaysia sejak hubungan diplomatik terjalin antara kedua-dua negara lima dekad lalu.

Beliau berkata, kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan bilateral yang amat baik dan Malaysia kini bersedia untuk mengembangkan kerjasama sedia ada ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kagumnya dengan keupayaan Vietnam dan rakyatnya berusaha bangkit daripada kesusahan yang dialami dalam perjuangan menentang penjajahan.

"Kerana kepimpinan yang bertahun dan kebanyakkan rakyat anda telah berjaya dalam beberapa dekad, kestabilan Vietnam sebagai negara penting di ASEAN dan kini berdaftar sebagai antara negara membangun di dunia," kata Anwar, di sini.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri
Jamuan Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh)

Majlis turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin. 

Terdahulu, semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, Anwar menzahirkan rasa gembira dengan kerjasama dua hala sedia ada dan berkata usaha akan dilakukan untuk mengukuhkan lagi hubungan itu.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Nguyen Phu Trong sering berbicara soal antirasuah dan tatakelola yang baik di Vietnam dan kami dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi antirasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama,” katanya

Media Baharu