BINTANGOR, 31 Mac- Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika keluar memeriksa pukatnya di Sungai Kanowit di Bintangor Sabtu lepas, ditemukan meninggal dunia pagi tagi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, mayat, Chong Yik Teck, 75 tahun, ditemukan penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.
Mayat yang ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya yang sebelum ini dijumpai ditambat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira 12.00 tengah hari pada 29 Mac lalu, mangsa dilaporkan hilang ketika keluar untuk memeriksa pukatnya menggunakan sebuah perahu di sungai berkenaan.
Namun perahu yang digunakan mangsa dijumpai dalam keadaan terikat tetapi mangsa tiada di lokasi kejadian.