
KUALA LUMPUR, 15 Januari -Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berharap Perayaan Ponggal dapat terus memperkukuh perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat
RINGKASAN BERITA AI
- Fahmi berharap Ponggal terus memperkukuh perpaduan dan persefahaman antara rakyat.
- Beliau mengharapkan sambutan membawa limpahan rezeki, kesihatan baik dan kemakmuran.
- Ponggal disambut sebagai perayaan kesyukuran masyarakat Tamil atas hasil pertanian.
Menerusi ucapan sempena perayaan tersebut, beliau turut berharap agar sambutan itu membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik dan kemakmuran.
“Iniya Pongal Nalvazhthukkal!
Selamat Hari Ponggal kepada seluruh masyarakat India dan semua yang meraikannya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Ponggal merupakan perayaan kesyukuran masyarakat Tamil bagi menzahirkan penghargaan kepada Tuhan atas limpahan hasil pertanian.
Sambutan berlangsung selama empat hari bermula dengan Bhogi, diikuti Thai Ponggal, Mattu Ponggal dan Kaanum Ponggal.