fb fb fb fb fb

ERL dilanjutkan selama 30 tahun, bermula 2029

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Kerajaan melanjutkan perjanjian konsesi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, bermula dari tahun 2029 hingga 2059.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan pelanjutan konsesi selama 30 tahun itu boleh melaksanakan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran yang bakal memanfaatkan rakyat, kerajaan dan ERL.

Menurut Anthony bermulai tahun 2029, kerajaan juga tidak lagi membayar apa-apa bayaran caj atau fi dari sumber pendapatan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) kepada pihak ERL.

"Ini sudah tentu meringankan beban kewangan kerajaan.

" Sekiranya ERL ini mencapai keuntungan, dalam satu kes atas nilai ambang tertentu, maka kerajaan akan mendapat 30 peratus daripada keuntungan itu," dalam sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antara Kerajaan Malaysia & ERL Sdn Bhd di ibu negara.

Pelaksanaan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran memberi peluang untuk ERL berinovasi dalam tambang ditawarkan selain menyediakan perkhidmatan efisyen dan setimpal dengan kadar tambang bersesuaian mengikut permintaan pasaran.

Anthony juga berkata ERL perlu memastikan tahap perkhidmatan diberikan sentiasa berada pada tahap optimum sejajar dengan harga tambang yang dikenakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI