fb fb fb fb fb

Enggan beli buah tandan segar punca harga minyak sawit mentah tidak stabil

(Foto hiasan/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Tindakan tegas menanti kilang pemprosesan yang enggan membeli buah tandan segar yang menjadi punca kepada ketidak tentuan harga minyak sawit mentah.

Perbuatan itu bukan setakat menjejaskan stok sedia ada malah turut memberi kesan negatif kepada pekebun kecil.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, aduan diterima mengenai isu tersebut dan tindakan segera akan diambil.

"Kerajaan akan memantau isu ini bagi menstabilkan semula harga minyak sawit. Sebab ini adalah pendapatan negara dan pekebun kecil,

"Perkara ini telah berlaku dalam tempoh dua bulan ini, namun kerajaan telah mengambil langkah aktif dalam memantau perkara ini," jelasnya selepas Majlis Pelancaran Teknologi Baharu dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2022, di ibu pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi.

(Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng)

Dalam majlis pelancaran itu, beberapa teknologi baharu dalam industri sawit turut diperkenalkan.

Antaranya formulasi pelet makanan lembu pedaging yang mengandungi lebih 80 peratus bahan, berasaskan sawit.

Formulasi yang dibangunkan MPOB menawarkan alternatif kepada bahan mentah yang diimport dengan harga tinggi, sekali gus mengurangkan kos pengeluaran makanan ternakan.

Media Baharu