fb fb fb fb fb

Enam lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol


JOHOR BAHRU, 1 Februari - Enam lelaki tempatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Ops Selamat 17 dan Ops Ambang Tahun Baharu Cina di dua lokasi sekatan jalan raya, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata 126 individu dan 97 kenderaan diperiksa sepanjang operasi bermula 8 malam itu.

Sebanyak 46 saman POL 257 atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020.

"Kita menyasarkan kepada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol serta lain-lain kesalahan trafik yang sering mereka lakukan. Tujuan kita ialah untuk memastikan pengguna jalan raya memandu dalam keadaan selamat terutama di musim perayaan," katanya dalam operasi tersebut, di sini.

Operasi itu melibatkan 11 pegawai kanan dan 52 anggota yang turut melakukan rondaan bermotosikal bagi mengatasi masalah jenayah pecah rumah.

Media Baharu