KOTA KUALA MUDA, 28 Mei- Enam ekor kucing peliharaan mati dalam kejadian kebakaran melibatkan empat buah rumah sederet di Taman Seri Kota, Kota Kuala Muda, Kedah petang tadi.
Kejadian kebakaran berlaku kira-kira pukul 6 petang.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Muhamad Syukri Hashim dalam kenyataannya berkata tiga jentera bomba dari BBP Sg Petani, BBP Tikam Batu dan BBP Kota Kuala Muda bersama 20 anggota bergegas ke lokasi.
Setibanya kelokasi mendapati keseluruhan rumah musnah hampir 50 hingga 80 peratus.
Tindakan pantas bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya 30 minit kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, hasil pemeriksaan disalah sebuah rumah yang terlibat dalam kebakaran itu menemui enam ekor kucing peliharaan ditemui mati.
Sebelum itu,pihak bomba dan penyelamat cuba memberikan bantuan kecemasan, namun gagal.
Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.