fb fb fb fb fb

Remaja lemas dibawa arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar

LABUAN, 28 Mei- Dua remaja lelaki dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, Labuan petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan memaklumkan mangsa Suhairi Rosli, 18 tahun dari Kampung Lubok Temiang berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

Manakala rakannya Muhammad Shahrulnizam Mat Sidon, 18 tahun dari Kampung Merinding hanyut dibawa arus.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Layangan Huzyman Malikin berkata, panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 5.06 minit petang.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dan mangsa berjaya dijumpai sekitar pukul 7.40 malam oleh Unit Scuba.

Hospital Labuan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 8.21 malam dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE