fb fb fb fb fb

Empat remaja bawah umur antara dikompaun hisap rokok di SSI

(FOTO JKNJ)

ISKANDAR PUTERI, 10 April- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan enam notis kompaun atas kesalahan, menghisap rokok dan rokok elektronik (vape) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam semalam.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu memaklumkan,  penguatkuasaan tersebut dijalankan semasa perlawanan JDT menentang Kedah Darul Aman FC.

Ia melibatkan nilai kompaun RM700.

Empat remaja bawah 18 tahun, antara yang dikompaun kerana merokok di perkarangan stadium, termasuk di tempat duduk penonton.

Stadium diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, dan tindakan diambil mengikut Peraturan 11(1), dan Peraturan 13(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2008.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 9,135 notis kesalahan berkaitan merokok dikeluarkan, membabitkan jumlah kompaun RM2.28 juta.

Daripada jumlah tersebut, tujuh ribu 304 notis melibatkan kes merokok di kawasan larangan, 744 notis merokok dibawah umur, 405 notis gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan 182 notis menjual rokok bawah harga minimum.


(FOTO JKNJ)

Media Baharu