fb fb fb fb fb

Empat kementerian bincang strategi, pelan pelaksanaan rangkaian kedua 5G - Fahmi

Foto: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Perbincangan menyeluruh antara empat kementerian utama dilaksanakan bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G (Dual Network.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perbincangan berlangsung petang tadi melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Menurutnya, fokus perbincangan kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Selain Fahmi, perbincangan itu disertai Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

ZEHRA BINTI ZAMBRI