fb fb fb fb fb

Banjir: Empat daerah di Johor masih terjejas

(Foto FB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor)

JOHOR, 15 Mac- Seramai 36,086 orang daripada 10,157 keluarga masih terjejas banjir di empat daerah di Johor.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor memaklumkan, kesemua mereka berlindung di 116 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Batu Pahat paling terjejas dengan merekodkan 35,849 orang daripada 10,088 keluarga di 110 PPS, diikuti Muar dengan 111 orang daripada 37 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, Segamat mencatatkan 102 orang darupada 29 keluarga di tiga PPS dan Tangkak seramai 24 orang daripada tiga keluarga yang berlindung di sebuah PPS.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan empat sungai di Batu Pahat mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Senggarang, Sungai Batu Pahat di Emp.Bekok, Parit Sulong serta Sri Medan.

Sungai Muar di Bukit Kepong turut mencatatkan paras bahaya.

(Foto FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat)

Media Baharu