fb fb fb fb fb

223 kes baharu COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 223 kes baharu COVID-19 pada Sabtu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,045,192.

Menurut portal KKMNOW, tiada kematian akibat COVID-19 dan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,967.

Terdapat lima kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dan seorang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat Sabtu, 9,380 kes aktif dicatatkan dengan 9,077 kes atau 96.8%  dikuarantin di rumah dan 298 kes lagi dirawat di hospital, manakala 193 kes sembuh.

(Foto hiasan)

Media Baharu