fb fb fb fb fb

Empat beradik maut kebakaran selamat dikebumikan di Muar

(FOTO FB Ebit Liew)
 
MUAR, 31 Mac-  Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, Khamis malam.

Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4; dan Fatihah Aisyah, 3; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 8.15 malam tadi.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan Nabila Sedu, 31; dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan masih sugul dan tidak bermaya tatkala jenazah keempat-empat anak mereka disemadikan.
 

(Nabila Sedu (duduk tengah, baju lengan pendek) dan Thein Ko Htut (berdiri baju biru),
ibu bapa empat kanak-kanak maut di Kampung Sabak Awor, sedang menunggu
proses bedah siasat di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah/BERNAMA)
 
Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang turut disertai ahli keluarga dan keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan
 
Semalam, kesemua kanak-kanak tersebut ditemukan maut di bilik air di bahagian dapur rumah selepas rumah sewa yang didiami mereka terbakar sehingga 70 peratus. - BERNAMA

Media Baharu