fb fb fb fb fb

Elak penipuan umrah, Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa

Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akhbar Khan

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhasrat untuk memperkasakan Akta Industri Pelancongan 1992 bagi mengekang kes penipuan yang melibatkan syarikat pengendali umrah.

Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata kriteria baharu bagi syarikat pengendali ibadah umrah akan diperkenalkan Ogos ini.

Ia bertujuan memantau syarikat berkaitan dalam mengendalikan umrah secara telus.

Khairul Firdaus berkata, ketika ini beberapa siri libat urus telah dilakukan sejak tahun lalu bagi mengelak orang ramai terpedaya dengan penipuan tersebut.

"Kriteria yang akan diumumkan pada Ogos akan dipastikan supaya syarikat-syarikat pengendali umrah ini benar-benar melakukan peniagaan secara yang telah dijanjikan oleh mereka dan seperti mana yang mereka mahukan juga, pakej yang telah dihidangkan oleh syarikat-syarikat itu mesti dipenuhi seperti yang telah ditawarkan.

"..Untuk kita melakukan pengawasan setiap masa, ia bergantung kepada aduan yang kita telah terima," kata Khairul Firdaus di Dewan Rakyat di sini ketika menjawab soalan tambahan wakil Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM