fb fb fb fb fb

Dua wanita maut motosikal bertembung kereta gagal potong lori

(Keadaan kereta yang gagal memotong sebuah lori hingga melanggar sebuah motosikal
yang dinaiki dua wanita)

PONTIAN, 30 Mac- Dua wanita maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 91.6 Jalan Johor-Batu Pahat, di sini, pada pukul 1.30 petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kemalangan berpunca apabila kereta itu gagal memotong sebuah lori.

Ia mengakibatkan kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar hadapan kereta itu.
 
Pemandu dan penumpang kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.
 
Pemandu kereta itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Motosikal yang dinaiki dua mangsa maut (atas), manakala lori (bawah) yang gagal dipotong
sebuah kereta dalam 
kemalangan KM 91.6 Jalan Johor-Batu Pahat, semalam)

Media Baharu