fb fb fb fb fb

Kebakaran: Ibu hilang empat anak ketika beli juadah berbuka

(Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat)

MUAR, 30 Mac- Empat beradik berusia 3 hingga 8 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini, Johor, kira-kira pukul 7.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kebakaran berlaku ketika ibu bapa empat beradik itu tiada di rumah.

Katanya, ibu kepada keempat-empat mangsa meninggalkan rumah itu kira-kira 10 minit untuk mencari kelengkapan berbuka puasa, manakala bapa mereka sedang bekerja di sebuah restoran.

Mangsa maut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3.

Kesemua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air bahagian dapur kediaman itu.

Setakat ini, punca kejadian dikenal pasti akibat litar pintas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

 (Ibu bapa mangsa empat beradik yang maut dalam tragedi kebakaran di Kampung Sabak Awor,
berada di Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah)

Media Baharu