(Foto Hiasan)
KUCHING, 7 Mei- Seramai 14 penghuni dua buah rumah di Kampung Temenggong di sini hilang tempat tinggal dalam kebakaran, tengah malam tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, rumah pertama didiami 11 penghuni manakala rumah kedua mempunyai tiga penghuni.
"Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 minit tengah malam.
"Seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.
"Pasukan itu turut dibantu lima anggota dengan sebuah jentera dari BBP Padungan.
"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan ketiadaan pili bomba berdekatan lokasi kejadian.
"Operasi pemadaman tamat pada pukul 3.15 minit pagi.
"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.

(Foto JBPM Sarawak)