fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Malaysia Madani, lebih 10,000 pengunjung hadir

(Foto BERNAMA)

SEREMBAN, 7 Mei- Rumah Terbuka Malaysia Madani diteruskan ke Negeri Sembilan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Majlis rumah terbuka itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Sambil menjamu selera, mereka mengambil kesempatan bertemu dengan Anwar yang turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut mencemar duli, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuankh Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Sebanyak 52 buah gerai dibuka menyediakan juadah Hari Raya Aidilfitri serta makanan identiti Negeri Sembilan.


 
(Foto BERNAMA)

Media Baharu