fb fb fb fb fb

Dua rakan karib maut terhidu gas helium dalam kereta

FOTO PDRM

BUKIT MERTAJAM, 11 Julai- Dua wanita yang ditemukan maut dalam kereta di sini, Pulau Pinang semalam disahkan meninggal dunia akibat terhidu gas helium.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Helmi Aris, kedua-dua mangsa berusia 25 dan 30 tahun itu adalah rakan karib.

Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan yang mengaitkan unsur jenayah.

Laporan kehilangan mereka juga telah dibuat oleh waris pada 5 Julai lepas. Difahamkan, mereka dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti. 

Kes itu dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SITI AISHAH MD ISA