KUALA LUMPUR, 30 Mac-Dua pesawat A400M milik Tentera Udaraa Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat mendarat di Lapangan Terbang Nay Pyi Taw.
Menerusi kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pesawat pertama tiba pada pukul 11.36 pagi manakala pesawat kedua tiba pada pukul 2 petang tadi.
Dalam kenyataan NADMA, selepas mendarat pasukan ini akan bergerak ke kawasan operasi di Sagaing Division melalui jalan darat yang akan mengambil masa lapan jam.
Terdahulu, kedua-dua pesawat itu berlepas pada pukul 9.30 dan 10.00 pagi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, hari ini.