fb fb fb fb fb

Dua cedera pesawat ringan terhempas di Taiping

Dua cedera pesawat ringan terhempas di Taiping

IPOH, 7 Disember - Dua cedera selepas sebuah pesawat ringan jenis Microlight Aircraft terhempas di kawasan Lapangan Terbang Tekah, Taiping pagi tadi.

Menurut kenyataan n Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem NG999 pada pukul 10.13 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Setiba di tempat kejadian, kedua-dua mangsa, jurulatih penerbangan Mohd Faizal Mohd Sayed, 48 tahun dan pelatih Kumar Amit, 40 tahun dilaporkan keluar daripada pesawat yang terhempas dan mengalami kecederaan patah kaki.

Tiada kebakaran dikesan pada pesawat berkenaan.

Tambahnya, pasukan bertugas melaksanakan penilaian bahaya (size-up) sebelum mengaplikasikan konsep SAVER.

Anggota bomba menggunakan peralatan stretcher dan C-collar bagi membantu proses penyelamatan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II TBK Haswira Harun, turut melibatkan sebuah jentera FRT-1 itu dikawal sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi dan ditamatkan pada pukul 10.50 pagi.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN