KUCHING, 25 Januari- Dua anak Mila Sharmilah Samsusah atau Bella, yang berusia dua dan lima tahun kini selamat dalam jagaan keluarganya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan berjumpa dengan keluarga tersebut pada masa sesuai untuk mengetahui perancangan lanjut terhadap kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata, khidmat kaunseling dan kewangan juga akan diberi sekiranya diperlukan.
“Kita boleh beri perlindungan, tetapi untuk bertindak, kita perlu dapatkan laporan daripada pihak polis kerana kita juga perlukan perintah mahkamah sama ada anak-anak arwah diserah kepada kita atau keluarganya berikutan ada peraturan-peraturan tertentu yang memerlukan orang yang layak dan sesuai menjaga.
“Kita tidak ambil anak-anaknya begitu sahaja kerana perlu ada persetujuan pihak tertentu terutamanya keluarga terdekat yang lebih layak untuk menjaga,"kayanya.
Datuk Sri Nancy ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SMK Santubong dan menyerahkan simbolik insiatif Sarapan Pagi Anak SPM di sekolah tersebut.
Bella dilaporkan hilang 16 Disember lalu selepas keluar dari rumah untuk ke pusat dobi di Batu Pahat, Johor, 14 Disember lalu.
Kelmarin, polis mengesahkan hasil analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada penemuan rangka manusia di Kampung Batu Tujuh, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu adalah milik ibu anak dua itu.