fb fb fb fb fb

DSA, NATSEC beri manfaat dan sumbang keamanan serantau

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 bakal membawa manfaat jangka panjang serta menyumbang kepada keamanan serantau dan dunia kata menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hasrat itu mampu dicapai menerusi pengumpulan pemain industri dan pihak terlibat dalam sektor pertahanan. 

"Pertemuan ini dapat membawa kepada pengenalan dan persefahaman apa sahaja perkara meliputi kerjasama atau pendekatan membawa manfaat.

"Secara tidak langsung untuk masa jangka panjang ia menyumbang kepada keamanan serantau serta dunia," katanya kepada pemnberita selepas merasmikan Pavilion Kementerian Pertahanan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara.

DSA dan NATSEC Asia 2024 menerima penyertaan daripada 1,324 syarikat dari 60 negara sebagai pempamer.

Sementara itu 34 negara akan mempunyai pavilion sendiri antaranya Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Itali dan Amerika Syarikat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI