fb fb fb fb fb

DSA, NATSEC Asia penanda aras penganjuran LIMA

(Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein)

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Penganjuran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 menjadi penanda aras untuk menganjurkan pameran berskala besar dan peringkat antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada tahun hadapan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berkata penganjuran LIMA nanti banyak bergantung kepada kejayaan penganjuran i DSA dan NATSEC Asia.

"Dan jelas dalam tempoh empat hari ini, semua pihak membantu untuk meyakinkan Menteri Pertahanan bahawa kita berjaya dalam pameran ini.

"Ia sekali gus menjadi asas kukuh yang cukup baik untuk kita mengadakan dan menjayakan penganjuran LIMA pada tahun depan. Insya-Allah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dan berterima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program itu meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

"DSA dan NATSEC Asia adalah pameran berskala besar yang pertama kali diadakan selepas pandemik Covid-19.

"Sebagai antara lima pameran terbaik yang diiktiraf dunia berkaitan keselamatan pertahanan, kami amat bimbang untuk menganjurkan pameran ini dengan jayanya sebelum ini.

"Sepanjang tempoh empat hari pameran ini berlangsung, ia berjalan dengan lancar dengan sokongan pelbagai pihak termasuk dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut sama dalam penganjuran ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan DSA 2022 dan NATSEC 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin.

(Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia)
di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)


Hishammuddin berkata, meskipun pameran itu tidak dibuka kepada orang ramai, ia berjaya meraih seramai 33,147 pengunjung dari 85 negara sepanjang berlangsung bermula Isnin lalu hingga semalam.

"Malah, ia turut membabitkan 305 delegasi kenamaan serta penyertaan lebih 1,000 syarikat dan kira-kira 20 pavilion antarabangsa.

"Apa yang lebih penting daripada menunjukkan peralatan dan berdepan dengan beberapa isu dari segi partisipasi daripada pavillion tertentu adalah perbincangan dijalankan secara bersemuka.

"Malah, kita kini dalam persediaan untuk penganjuran DSA dan NATSEC Asia seterusnya yang bakal berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024.


Media Baharu